NADI – MAHIR: Jahit dan Baiki Gadjet | Minggu ke – 11
30 September 2025 | Aktiviti Terkini29 September – 3 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 11, mahir jahit dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Pada minggu ke-11, peserta Kelas Mahir meneruskan pembelajaran dengan aktiviti yang lebih mencabar dan menarik. Dalam kelas Mahir Jahit, peserta mempelajari teknik mengunting kain bagi pakaian kurung pesak, iaitu langkah penting selepas proses penyediaan pola. Melalui aktiviti ini, peserta didedahkan kepada cara mengukur, menandakan, serta menggunting fabrik dengan betul agar hasil jahitan lebih kemas dan tepat.
Sementara itu, dalam kelas Mahir Baiki Gajet, peserta mengikuti kuiz dan asas komputer bagi menguji kefahaman mereka sepanjang sesi pembelajaran terdahulu. Kuiz ini membantu mereka mengingati semula bahagian-bahagian utama dalam peranti digital serta fungsi asas komputer dalam kehidupan seharian.
Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: